Jul 6, 2013

Masjid Al Muadzam Shah


Saya berada di Bandar Muadzam Shah, Pahang minggu lalu atas urusan pendaftaran melanjutkan pelajaran anak bongsu saya di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Berdekatan UNITEN terdapat sebuah masjid bernama Masjid Al Muadzam Shah. Pada kesempatan ini saya tidak lupa untuk menziarahi serta menunaikan solat fardhu dzohor dan asar secara jama' dan qasar.

Cantik dan indah masjid ini. Dikelilingi kehijauan dan dibina banyak bercirikan identiti pembinaan rumah tradisi Melayu. Terdapat banyak juga kekayuan asli dari anugerah Ilahi bersumber tumbuhan hutan yang amat luas terdapat di negeri ini digunakan dalam pembinaan masjid ini.

a

Menara masjid

Bahagian dalam bumbung utama masjid berbentuk piramid.
Mihrab masjid
Mimbar masjid 
Plak Perasmian Masjid Al Muadzam Shah oleh
DYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota,
Tengku Abdullah pada 25hb Rejab, 1406H
bersamaan 5hb Apr, 1986

No comments:

Post a Comment